Seorang pegawai polis bantuan Certis telah didakwa di mahkamah membawa senjata api secara menyalahi undang-undang, di pusat beli-belah Bugis+ pada 9 dan 10 Mei.
Heng Jun Hao, 28 tahun, didakwa bersenjatakan revolver Taurus yang berisi lima peluru, ketika berada di tingkat lima pusat beli-belah itu, antara 8 malam pada 9 Mei dengan 12.20 pagi pada 10 Mei.





