Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah menafikan dakwaan bahawa peranti dalam kenderaan, atau On-Board Unit (OBU), untuk Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) generasi akan datang atau ERP 2.0, gagal memenuhi piawaian antarabangsa.
Dalam kenyataan pada 14 Mei, LTA berkata OBU memenuhi penanda aras sejagat yang berkaitan untuk peranti elektronik dan apabila dipasang dengan betul, ia selamat dan boleh dipercayai dalam persekitaran...





