KUALA LUMPUR: Walaupun 49 bayi dilahirkan setiap jam di Malaysia pada suku pertama 2024, jumlah keseluruhan kelahiran hidup di negara ini masih kurang daripada angka dalam tempoh sama pada 2023.
Ketua Perangkawan (ahli statistik) Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2024 ialah 106,386, berbanding 117,413 kelahiran pada suku pertama 2023, iaitu penurunan...





