Anggerik yang tumbuh secara melimpah dan terjuntai, menyerupai ‘air terjun bunga’ merupakan antara 50 jenis anggerik asal Kemboja yang diketengahkan dalam pameran terkini di Cloud Forest, Gardens by the Bay, dan dinamakan Orchids of Angkor Wat.
Pameran tersebut merupakan hasil kerjasama Gardens by the Bay dengan Kedutaan Diraja Kemboja di Singapura.





