BAITULMAKDIS: Sedang pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, giat berusaha untuk mencapai gencatan senjata di Jaluran Gaza pada 5 Jun, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mengancam tindakan ketenteraan “sangat sengit” terhadap Hezbollah di Lebanon.
Dua hari selepas kumpulan militan melancarkan roket bertubi-tubi dan dron dari Lebanon sehingga mencetuskan beberapa kebakaran hutan di utara Israel, Encik Netanyahu menemui tentera...





