1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lima anak syarikatnya mendakwa lapan entiti membuat 320 pembelian berjumlah AS$346.01 juta daripada 48 vendor barangan mewah dan barangan itu diterima oleh Datin Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Tun Razak.
MalaysiaJun 12, 2024 | 11:05 AM

Rosmah dikata guna AS$346j dana 1MDB beli barangan mewah

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lima anak syarikatnya mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain menggunakan AS$346 juta ($468 juta) wang syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu daripada 48 vendor berbeza di 14 negara.

Ini dinyatakan dalam pernyataan tuntutan dalam saman 1MDB dan anak syarikatnya – SRC International, 1MDB Energy Holdings, 1MDB...

bayi Covid, Ayra Sofiya, yakin diri, masuki Darjah 1 pada 2027
SingapuraSep 18, 2026 | 4:57 PM

Takut jumpa orang semasa pandemik, kini tidak sabar ke sekolah rendah

Semasa Ayra Sofiya Othman dilahirkan pada 2020, dunia di sekelilingnya sedang berubah akibat pandemik Covid-19.

Ibunya, Cik A’bidah Yahya, 41 tahun, melahirkannya hanya sekitar satu hingga dua minggu sebelum tempoh pemutus rantaian jangkitan atau circuit breaker dilaksanakan di Singapura.

Petugas Palang Merah Filipina dan anggota penyelamat tempatan berada di tempat kejadian selepas insiden tembakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Banga, South Cotabato, selatan Filipina, pada 18 September 2026. Sekurang-kurangnya dua orang yang dipercayai pelajar terbunuh dan tujuh lagi dirawat di hospital dalam kejadian itu, yang merupakan insiden tembakan maut ketiga membabitkan kampus pendidikan di Filipina sejak Jun.
DuniaSep 18, 2026 | 4:56 PM

Dua maut dalam kejadian tembakan di sekolah Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan tujuh lagi dirawat di hospital selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di selatan Filipina pada 18 September, insiden maut ketiga membabitkan kampus pendidikan di negara itu sejak Jun.

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Banga di wilayah South Cotabato, Mindanao, sekitar 1.30 tengah hari waktu tempatan.

makkah, umrah, halijah travels, dron, houthi
Mata-mataSep 18, 2026 | 4:27 PM

Jemaah, pelajar S’pura di Makkah kekal tenang susuli kejadian dron

Jemaah umrah dan ejen penjualan (GSA) Singapura melaporkan keadaan di Makkah tenang dan selamat selepas Arab Saudi memintas sebuah dron yang didakwa dilancarkan kumpulan Houthi di kawasan Selatan kota suci itu pada 15 September.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran keselamatan di Makkah, Jeddah, dan Taif yang meminta orang ramai kekal dalam bangunan, sebelum amaran...

kapal induk indonesia
DuniaSep 18, 2026 | 4:15 PM

Indonesia catat sejarah dengan ketibaan kapal induk pertama dari Italy

Indonesia menerima kapal induk pertamanya pada 18 September, menandakan langkah baru dalam usaha memperkukuh keupayaan tentera laut negara kepulauan itu serta memperluas keupayaannya dalam operasi keselamatan maritim, kemanusiaan dan bantuan bencana.

Bekas kapal Tentera Laut Italy, ITS Giuseppe Garibaldi, tiba di Dermaga 107, Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta Utara, sekitar 8 pagi selepas memulakan perjalanan dari Italy pada 24 Ogos.

warga indonesia tentera russia
DuniaSep 18, 2026 | 3:42 PM

Warga Indonesia didakwa sertai tentera Russia hubungi Kementerian Luar

JAKARTA: Seorang warga Indonesia yang dipercayai sudah menyertai tentera Russia menghubungi jurucakap Kementerian Luar Indonesia melalui WhatsApp dan meminta satu mesej disampaikan kepada Menteri Luar, Encik Sugiono, ketika Jakarta menyiasat dakwaan rakyatnya direkrut untuk dihantar ke zon konflik.

Jurucakap kementerian, Cik Yvonne Mewengkang, berkata mesej itu diterimanya menerusi nombor telefon peribadi yang digunakannya dalam kapasiti sebagai jurucakap.

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video

PULAU NIRUP: Destinasi cuti terbaik, paling dekat untuk warga kota
Play Video

Pegawai pemeriksaan diiktiraf selepas tolak sogokan
Play Video

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video

BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Play Video