Walaupun tiada kes flu burung dalam kalangan manusia dikesan di Singapura dan risiko jangkitannya rendah, negara ini tetap perlu terus berwaspada dan melindungi dirinya daripada jangkitan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Memandangkan hampir semua kes flu burung dalam kalangan manusia yang dilaporkan di luar negara melibatkan sentuhan atau mendekati burung dan ayam yang dijangkiti, atau persekitaran yang tercemar, pencegahan terbaik adalah...





