Tokoh agama setempat, Ustaz Pasuni Maulan, menganggap perkahwinan yang dijalankan secara rahsia atau menerusi nikah ‘sirri’ tidak sah di sisi syarak kerana tidak cukup rukun seperti ketiadaan wali untuk pengantin perempuan atau wali hakim.
Beliau yang berkhidmat sebagai kadi selama lebih lima dekad dan merupakan mantan pendaftar di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) menyatakan bagi merealisasikan sesebuah akad perkahwinan,...





