Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Airlines (SIA), Encik Goh Choon Phong, menikmati kenaikan gaji sebanyak 20.6 peratus kepada $8.1 juta bagi tahun kewangan 2024, sedang pendapatan syarikat penerbangan Singapura itu mencecah paras tertinggi.
Menurut laporan tahunan SIA yang dikeluarkan pada 1 Julai, pakej ganjaran Encik Goh terdiri daripada gaji asas sebanyak $1.4 juta (atau 18 peratus daripada jumlah ganjarannya), bonus...





