SEREMBAN: Keriangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengayuh basikal berakhir dengan tragedi selepas dia maut apabila basikalnya dilanggar kenderaan dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Penolong Pesuruhjaya Mohamad Hatta Che Din, berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam pada 30 Jun itu, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar...





