HONG KONG: Kemudahan-kemudahan perubatan di Hongkong kini mempunyai bekalan perubatan yang rendah bagi melawan wabak selesema, dan bekalan lanjut mungkin hanya akan tiba dalam tempoh seminggu, kata para doktor.
Hospital-hospital di Hongkong juga mengalami masalah kekurangan katil setelah Hongkong kini perlu berdepan dengan sejenis selesema burung yang baru, menurut laporan.






