LAPAN lagi warga Singapura telah dipindahkan daripada Tarim, Hadramaut kelmarin sedang krisis di Yaman terus meruncing dan menimbulkan keprihatinan serius.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) memberi amaran bahawa usaha membantu rakyat setempat meninggalkan Yaman kian mencabar saban hari.





