KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, meneruskan bidasannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), jambatan bengkok dan lain-lain isu, hanya beberapa hari setelah Datuk Najib menjernihkan keadaan menerusi satu wawancara yang disiarkan di televisyen.
Selaran terkini Tun Mahathir itu dibuat dalam wawancara dengan penulis blog, Din Turtle, yang disiarkan kelmarin.





