KEKUATAN sebuah masyarakat terletak pada keupayaannya bukan sekadar untuk menghalang sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku, malah bagaimana ia pulih daripada sesuatu insiden yang menggemparkannya.
Demikian dinyatakan Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, ketika ditemui semalam di hari pertama Kejohanan Futsal Nasional 2015 yang dianjurkan versi digital akhbar ini, BeritaHarian.sg.






