SEORANG pelancong British dipenjara dua bulan pada Selasa (13 Okt) kerana menumbuk dan menggigit kepala seorang pemandu teksi selepas jari anak lelakinya yang berusia 34 tahun terperangkap pada tingkap teksi itu.
James O'Kane, 61 tahun, bekas anggota bomba, minum arak di Clarke Quay sebelum kejadian pada 5.20 pagi 10 September di sebuah perhentian teksi dekat Tan Tye Place itu.






