SHAH ALAM: Juara Akademi Fantasia 2015 (AF 2015), Sufi akur kes gangguan seksual yang dibuatnya bersama penyanyi Indonesia iaitu Tegar terhadap bekas bapa tirinya, Muhammad Arif Dollah, telah digugurkan selain tidak berhasrat memanjangkan perkara itu.
Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 24, berkata, tindakan yang dibuat sebelum memasuki program realiti itu dilakukan atas dasar ingin membantu Tegar.





