SEMPENA sambutan jubli emas Singapura, lebih 250 perayaan di estet perumahan bertema "Singapore: My Heart, My Home, My Future", telah dirancang sepanjang 7 hingga 9 Ogos ini.
Aktiviti termasuk lipatan kertas origami kren di Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Kreta Ayer-Kim Seng dan pembinaan struktur SG100 LEGO di Pasir Ris-Punggol GRC.






