JAKARTA - Kesemua 54 orang yang berada dalam pesawat Trigana Air ditemui terkorban selepas pesawat tersebut terhempas di wilayah Papua, Indonesia, dua hari lalu.
Dalam sidang akhbar hari ini, Selasa, Mejar-Jeneral Heronimus Guru, pengarah operasi di Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional berkata, mayat-mayat telah ditemui dan sedang dimasukkan dalam beg-beg mayat.





