LIONSXII menunjukkan semangat kental untuk bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mengalahkan Perak 2-1 dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia di Jalan Besar sebentar tadi.
Pemain import Korea Selatan, Namkung Woong, meletakkan pasukan pelawat di hadapan seawal minit ke-12 melalui tandukan yang mengelirukan Izwan Mahbud.





