INSTITUT Pengajian Asia Tenggara (Iseas) akan dinamakan Iseas-Institut Yusof Ishak pada 12 Ogos - tarikh yang jatuh pada hari ulang tahun ke-105 presiden pertama Singapura itu.
Perubahan nama institut itu diumumkan buat kali pertama oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Kebangsaan tahun lalu dan dibahaskan di Parlimen tadi.





