SINGAPURA akan melancarkan enam satelit buatan tempatan pada Disember, termasuk sebuah satelit seberat 400 kilogram yang boleh menjalankan misi pengawasan bagi keselamatan maritim dan sempadan.
Enam satelit itu akan menaiki roket Kenderaan Satelit Polar (PSLV-C29) Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India yang akan dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Andhra Pradesh, India.






