LONDON: Angelo Ogbonna menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan apabila West Ham United mengalahkan Liverpool 2-1 untuk layak ke pusingan kelima Piala FA, pada Selasa (9 Feb).
Ogbonna melompat untuk memanfaatkan hantaran menerusi sepakan percuma daripada Dimitri Payet dan menanduk bola melepas penjaga gol Simon Mignolet ke penjuru gawang gol untuk memastikan kemenangan Piala FA pertama mereka ke atas...






