PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit dan menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan tiga pekerja ladang atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, lima tahun lalu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak rayuan bekas peguam N Pathmanabhan, 45 tahun;...






