SEJUMLAH bekas pengganas Indonesia telah kembali melafazkan ikrar taat setia kepada pemerintah Indonesia, dalam usaha mengekang terorisme di negara itu.
Dalam laporannya hari ini, akhbar The Jakarta Post melaporkan, langkah yang diambil bekas pengganas ini adalah disebabkan keprihatinan mereka atas meningkatnya sokongan warga republik itu terhadap pergerakan Negara Islam (IS), yang dilaporkan telah menyalurkan wang kepada kumpulan-kumpulan di rantau ini.





