Polis Malaysia mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk mengekang sebarang unsur fahaman ekstrem yang boleh mengancam keselamatan negara, susulan kejadian serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, yang mengorbankan dua konstabel polis pada 17 Mei.
Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata serangan Ulu Tiram itu membuktikan bahaya fahaman mengkafirkan pihak lain yang dianggap tidak sempurna akidah...





