LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez, dinobatkan sebagai Pemain Tahunan Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA).
Pemain antarabangsa Uruguay itu dianggap sebagai pemain paling menyerlah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), membantu Liverpool menyertai semula Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan hampir memburu kejuaraan liga perdana Inggeris.






