Gaya hidup ‘nomad digital’ – gelaran bagi mereka yang bekerja menggunakan peranti digital sepenuhnya sekali gus membolehkan mereka mengembara ke mana-mana sahaja – sering menjadi suatu yang diidam-idamkan ramai, malah dipandang sebagai aturan ideal untuk mencapai keseimbangan kehidupan bekerja.
Manakan tidak. Seseorang pasti terbayang keadaan tatkala menaip di komputer riba sambil ditemani cuaca dingin dengan mata disejukkan pemandangan gunung-ganang berlatarbelakangkan...





