PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Hattan mendedahkan dia pernah melalui fasa kehidupan terumbang-ambing yang membuatkan dia lupa diri dan asal-usulnya sebagai orang kampung.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 52 tahun, berkata, perkara tersebut membuatkan kehidupannya tidak berasa tenang biarpun dilimpahi dengan populariti dan kemewahan.






