AHLI politik Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik David Ong, 54 tahun, telah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP) Bukit Batok dan daripada partinya atas "sebab-sebab peribadi."
Satu pilihan raya kecil akan diadakan untuk mengisi kerusi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Batok, menurut satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri hari ini.





