WASHINGTON: Encik Donald Trump dan Cik Hillary Clinton memenangi pemilihan awal dalam persaingan awal parti masing-masing, Republikan dan Demokrat, di Arizona pada Selasa (22 Mac).
Bagaimanapun di Utah, Encik Ted Cruz mengalahkan Encik Trump dan Encik Bernie Sanders mengalahkan Cik Clinton, menurut laporan media Amerika Syarikat.





