SISTEM perantisan Jerman dan Swiss yang berjaya - di mana pelajar bekerja dan belajar bagi mendapatkan ijazah serentak - akan dicuba di universiti di sini.
Pemangku Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, yang bertanggungjawab bagi pendidikan dan kemahiran tinggi, berkata pemerintah sedang bekerjasama dengan universiti dan syarikat yang dipilih untuk melancarkan beberapa program perintis menggabungkan kerja dan pengajian ijazah.





