TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, bagi pihak kerajaan Jepun, mengucapkan takziah pada Rabu (24 Ogos) kepada keluarga mendiang mantan presiden S R Nathan dan rakyat Singapura di atas pemergian beliau.
Kerajaan Jepun, dalam satu kenyataan di laman web Kementerian Luarnya, juga mengingati mendiang Encik Nathan bagi sumbangan beliau ke arah hubungan positif panjang antara Jepun dan Singapura, termasuk...






