PERDANA Menteri Lee Hsien Loong (gambar, berlutut) dan isteri, Cik Lee, meletakkan kalungan bunga sebagai tanda hormat di "Tomb of the Unknown Soldier" di tugu Peringatan Perang Australia di Canberra semalam. Ia bertujuan memperingati pengorbanan rakyat Australia yang terkorban dalam peperangan. Ribuan askar Australia terkorban semasa mempertahankan Malaya dan Singapura dalam Perang Dunia Kedua, dan lebih 15,000 menjadi tahanan perang...





