Topik diikuti
Pergi ke BHkuMusim baru, bintang baru: 10 pemain EPL yang menarik perhatian
‘Wonder Kids’ atau ‘Late Bloomers’ hadapi cabaran menempa nama
Eli Junior Kroupi, Igor Thiago dan Nico O’Reilly adalah antara bintang yang menonjolkan diri di Premier League musim lalu - tetapi siapa pula yang seterusnya? Berikut senarai 10 pemain mungkin wajar diberi perhatian dalam beberapa bulan akan datang. Sama ada mereka pemain baharu, ‘wonder kids’ atau pemain yang berkembang lewat (’late bloomers’), berikut adalah beberapa wajah baharu dari pelbagai usia yang mungkin menempah nama untuk diri mereka sendiri dalam kempen baharu Liga Perdana England ini
Sean Steur - Newcastle United
Umur: 18 tahun
Posisi: Midfield (tengah)
Negara: Belanda
Pemain ini dianggap antara pemain muda dari Belanda yang paling berpotensi dan semasa menyarung jersi Ajax, Steur tampak seperti pemain yang boleh beraksi dalam Liga Perdana England (EPL). Steur bukanlah seseorang yang semestinya memulakan permainan dalam kesebelasan utama, tetapi beliau pemain yang berani dan tidak sesiakan jika diberi peluang.
Veljko Milosavljevic - Bournemouth
Umur: 19 tahun
Posisi: Pertahanan (tengah)
Negara: Serbia
Milosavljevic memiliki kemampuan teknikal dan fizikal yang diperlukan untuk bermain dalam EPL walaupun masih muda.
Kecederaan ringan yang dialami semasa pramusim mungkin bermakna permulaan kempennya akan tertangguh, tetapi media di Serbia sudah mula menyifatkan Milosavljevic sebagai bakat terbesar dalam sejarah negara tersebut.
Caleb Yirenkyi - Coventry City
Umur: 20 tahun
Posisi: Midfield (tengah)
Negara: Ghana
Ini kelihatan seperti perpindahan yang berpotensi bijak untuk Coventry City yang baru dinaikkan ke liga utama, walaupun mereka baru sahaja membayar yuran perpindahan rekod kelab sekitar £25 juta untuk menandatanganinya dari pasukan Denmark, FC Nordsjaelland.
Yirenkyi beraksi dalam kesemua empat perlawanan Ghana di Piala Dunia. Dia kelihatan seperti pemain tengah yang bertenaga yang akan berjaya di Liga Perdana England. Frank Lampard mungkin merupakan jurulatih yang paling tepat untuk membantu Yirenkyi terus berkembang sebagai pemain tengah bertaraf EPL.
Oscar Mingueza - Crystal Palace
Umur: 27 tahun
Posisi: Pertahanan
Negara: Sepanyol
Selepas membiarkan kontraknya tamat di Celta Vigo, pemain pertahanan ini telah menyertai Crystal Palace secara perpindahan percuma, yang mungkin terbukti sebagai salah satu perpindahan terbaik pada musim panas ini.
Brian Madjo - Aston Villa
Umur: 17 tahun
Posisi: Penyerang
Negara: England
Madjo ialah penyerang remaja yang sudah pasti amat dikenali oleh peminat Aston Villa selepas gol-gol yang dijaringkannya untuk kelab tersebut semasa pramusim. Dia mempunyai tubuh besar walaupun berusia masih teramat muda, mengundang perbandingan awal dengan Erling Haaland. Dilahirkan di London kepada ibu bapa dari Cameroon, Madjo membesar di Luxembourg dan beraksi dalam perlawanan antarabangsa buat kali pertama pada 2025.
Beliau telah memilih untuk mewakili England dan bermain untuk pasukan Bawah-17 tahun. Selepas tercetus pertikaian mengenai perkara itu, dia akhirnya dibenarkan bermain dalam perlawanan kompetitif untuk Villa, membuat penampilan sulungnya dalam Piala Super Eropah, menjaringkan satu gol semasa menentang Paris St-Germain.
Lucas Herrington - Hull City
Umur: 18 tahun
Posisi: Pertahanan (tengah)
Negara: Australia
Beliau baru berusia 19 tahun pada awal September dan tidak hairan jika dianggap terlalu muda untuk dipilih sebagai pemain bek tengah utama dalam EPL. Namun, potensi yang dimilikinya untuk menjadi pemain demikian tidak dinafikan.
Justeru, proses pembelajaran yang curam menantinya dalam musim pertama di EPL ini. Sepakan penalti Herrington – yang dirembat kuat dan terkena palang – pada akhirnya menyingkirkan Australia daripada Piala Dunia di peringkat 32 terakhir.
Namun, keberaniannya tampil mengambil sepakan itu mencerminkan kematangan beliau sebagai pemain. Jika menyerlah dalam musim pertama, beliau mungkin tidak akan menyarung jersi Hull pada musim selanjutnya.
Trey Nyoni - Liverpool
Umur: 19 tahun
Posisi: Midfield (tengah)
Negara: England
Pemain tengah muda ini telah menjadi salah seorang pemain terbaik Liverpool pada pramusim. Ditandatangani dari Leicester City pada tahun 2023, dia membuat penampilan sulung di Liga Perdana England pada akhir Disember selepas beberapa penampilan dalam pertandingan piala domestik.
Andoni Iraola kagum dengan Nyoni semasa jelajah pramusim pasukannya yang agak goyah di AS, dan memandangkan posisi tengah adalah bahagian di mana Liverpool tidak begitu kuat, beliau mungkin sedang mempertimbangkan semula untuk mendengar tawaran meminjamkannya kepada kelab lain.
Ryan McAidoo - Manchester City
Umur: 18 tahun
Posisi: Midfield (sayap)
Negara: England
Apa yang bakal berlaku di Stadium Etihad musim ini adalah sesuatu yang tidak diketahui pasca-era Pep Guardiola, tetapi ketika Enzo Maresca menilai barisan pemain yang dimilikinya, beliau mungkin akan kagum dengan bakat remaja yang direkrut dari akademi Chelsea ini.
Pemain sayap yang memenangi Piala Belia FA ini kelihatan selesa beraksi bersama pemain-pemain senior dalam jelajah Timur Jauh City, dan peluangnya untuk mendapat tempat tetap di bangku simpanan mungkin akan meningkat jika Savinho berpindah seperti yang dijangkakan.
Shea Lacey - Manchester United
Umur: 19 tahun
Posisi: Penyerang
Negara: England
Lacey ialah seorang pemain sayap yang berkebolehan – menepati ciri-ciri pemain yang disukai oleh peminat United – dan juga sangat dikenali oleh Michael Carrick, bukan sahaja dari sudut pandangan kejurulatihannya tetapi juga sebagai seorang bapa, setelah melihat anaknya, Jacey ,membesar di akademi United selama bertahun-tahun.
Dia seorang yang berani, dan nampaknya jersi mahupun sebarang jangkaan tidak akan memberikan tekanan berat kepadanya. Peminat United pasti akan terhibur melihat lebih banyak aksinya musim ini, dengan Carrick yang tidak sabar untuk memberikannya sebanyak mungkin peluang.
Johan Manzambi - Aston Villa
Umur: 19 tahun
Posisi: Midfield (tengah) / Penyerang
Negara: Switzerland
Dia melangkah ke Piala Dunia dengan reputasinya yang semakin meningkat selepas membantu Freiburg mara ke perlawanan akhir Liga Europa, dan menamatkan kempen Piala Dunia kelihatan seperti masa depan bola sepak Switzerland, dengan Newcastle dan Villa mengejar rapat di belakangnya.
Dua golnya menentang Bosnia dan satu gol menentang Canada bermakna Freiburg tiada pilihan selain daripada menjualnya untuk mendapatkan keuntungan. Manzambi boleh bermain di posisi tengah, sebagai pemain nombor 10 atau sebagai penyerang sayap kanan – yang boleh dikatakan sebagai posisinya yang paling berkesan. Switzerland berasa amat kehilangannya apabila kecederaan menamatkan kempen Piala Dunianya di peringkat 32 terakhir.
