PRESIDEN Tony Tan Keng Yam berkata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang memandangkan pilihan raya itu bakal diperuntukkan bagi calon Melayu.
Dalam kiriman Facebook semalam, Presiden Tony Tan berkata selepas 46 tahun, beliau mengalu-alukan pemilihan seorang Presiden Melayu.






