NAFAS awak tercungap-cungap, dada awak turun-naik kencang bagai dipacu kuasa kuda liar. Sel-sel otak gigih menghantar isyarat supaya kelenjar merembeskan adrenalin and epinefrin, menelusuri urat- terowong, menyebabkan jantung awak terkembang, terkempis, terkuncup. Tempo detik karotid gugup berdegap-degup. Awak digelombangi arus takikardia. Awak lencun dalam kuyup.
Kaki-kaki awak masih berlari. Pantas memintas lorong-lorong tengik. Melompat, meloncat, mengelak lopak-lubang lumpur dan lumut....




