SINGAPURA - Mahkamah Tinggi pada Selasa (17 Jan) mendapati seorang ahli perniagaan berusia 56 tahun bersalah membunuh bekas kekasih isterinya yang lebih muda.
Chia Kee Chen didapati bersalah memaksa mangsa, penganalisis bahan berusia 37 tahun, Dexmon Chua Yizhi, ke belakang van yang dipinjam, bersama seorang warga Indonesia, Febri Irwansyah Djatmiko, antara 28 Dis dengan 29 Dis 2013.





