KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia dipercayai menembak mati tiga lelaki bersenjata dalam satu pertempuran semasa satu percubaan menculik di Merabung, di Teluk Darvel, Lahad Datu, Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun, mengesahkan terdapat tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata itu dalam kejadian pada 9.30 malam pada Khamis (8 Dis).





