ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) memulakan pada Selasa (31 Jan) pemeriksaan ke atas sembilan kereta perisai Terrex yang dipulangkan ke Singapura pada Isnin.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata ia telah memulakan "pentadbiran pascalatihan menyeluruh" ke atas kenderaan pengangkut infantri Terrex itu dan peralatan lain.
Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Melvyn Ong, hadir untuk melihat pemeriksaaan kebolehkhidmatan dan penyenggaraan kenderaan...




