CHUKAI (Terengganu): Remaja Mohd Daynail Haikal Alias, 13 tahun, yang pengsan selepas makan biskut beracun diletakkan di sebuah kebun pisang di Kemaman, Terengganu, bernasib baik kerana tidak menelan biskut yang dicampur racun tikus itu.
Bapa mangsa, Encik Alias Saras, 57 tahun, berkata anaknya rebah dan menggelupur sebaik ‘menjamah’ biskut itu dalam kejadian pada 12 Julai.





