MEMPERSIAP peniaga menghadapi ekonomi masa depan, di samping mengurangkan kos niaga dalam jangka masa pendek.
Saranan itu diutarakan beberapa peniaga menjelang Belanjawan Negara yang akan dibentangkan Isnin ini oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat.
MEMPERSIAP peniaga menghadapi ekonomi masa depan, di samping mengurangkan kos niaga dalam jangka masa pendek.
Saranan itu diutarakan beberapa peniaga menjelang Belanjawan Negara yang akan dibentangkan Isnin ini oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat.
Seorang lelaki dirujuk kepada polis pada 4 Oktober selepas dia didakwa membuat kenyataan mengenai bom di dalam kenderaannya kepada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Dalam satu hantaran Facebook pada 6 Oktober, ICA menyatakan bahawa lelaki warga Singapura berusia 35 tahun itu sedang dalam perjalanan bersama lima rakan di dalam kenderaannya apabila mereka diarahkan untuk...
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita sulung DBS Group, Cik Tan Su Shan, mencipta sejarah apabila memimpin bank itu ke kedudukan dalam kalangan 20 bank terbesar di dunia.
Lebih membanggakan, sumbangan Cik Tan, 58 tahun, tidak terbatas kepada dunia perbankan, kata majalah Her World, dalam satu kenyataan pada 6 Oktober.
Pemerintah tidak berhasrat menguatkuasakan kawalan sewa premis perniagaan kerana langkah sedemikian boleh memberi gambaran salah terhadap harga pasaran serta mengurangkan bekalan ruang perniagaan bagi sektor makanan dan minuman (F&B) tempatan.
Sebaliknya, pemerintah menumpukan usaha menambah baik persekitaran pajakan demi memastikan perundingan yang adil antara pemilik premis dengan penyewa, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.
Pusat data utama di Singapura berkemungkinan dikehendaki memenuhi syarat kecekapan air yang ditetapkan oleh pemerintah apabila sektor itu dan teknologi penyejukan berkembang, di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan di Parlimen.
Rang Undang-Undang Infrastruktur Digital, yang dibaca buat kali kedua di Parlimen pada 6 Oktober, menetapkan piawaian keselamatan dan ketahanan asas bagi infrastruktur digital utama di Singapura.
Pasangan Islam yang bersetuju untuk bercerai secara Talak Tafwidh – iaitu apabila suami menyerahkan kuasa talak kepada isteri – berpotensi menjimatkan tempoh proses perceraian sekurang-kurangnya enam bulan.
Pindaan yang dicadangkan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) pada 6 Oktober bakal memberi Mahkamah Syariah (SYC) kuasa untuk mengecualikan pelantikan hakam sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai dan mahkamah menganggapnya tidak diperlukan.





