AGENSI hartanah PropNex Realty akan bergabung dengan Dennis Wee Group (DWG) menjadikan agensi gabungan itu sebagai agensi hartanah terbesar di Singapura, dengan dianggotai seramai 7,000 ejen.
Seramai 1,071 ejen DWG akan dipindahkan ke PropNex Realty dan pengasasnya, Encik Dennis Wee akan menjadi Rakan Kongsi Strategik bagi menyokong entiti yang bergabung itu.




