PENDAFTARAN kanak-kanak bagi kemasukan Darjah Satu (P1) tahun depan bermula pada 29 Jun hingga 28 Ogos.
Menurut pengumuman Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, kanak-kanak yang dilahirkan antara 2 Januari 2011 dengan 1 Januari 2012, termasuk kededua tarikh, perlu mendaftar bagi Pendaftaran P1 tahun ini bagi kemasukan ke sekolah rendah Januari depan.






