Topik diikuti
Pergi ke BHkuXabi Alonso sedia rai gol Chelsea pada perlawanan dengan bekas kelabnya, Liverpool
Xabi Alonso sedia rai gol Chelsea pada perlawanan dengan bekas kelabnya, Liverpool
LONDON: Pengurus Chelsea, Xabi Alonso, menegaskan beliau akan meraikan gol The Blues terhadap kelab lamanya, Liverpool, dalam saingan Piala Carabao di Anfield, pada 28 Oktober.
Chelsea terpaksa mengharungi perlawanan itu tanpa penyerang bintang Brazil, Joao Pedro, yang dijangka tidak turun padang bagi tempoh beberapa minggu akibat masalah paha.
Masalah tersebut dialami ketika sesi latihan menjelang kekalahan hambar 2-0 dalam pertembungan derbi menentang Tottenham Hotspur di Stamford Bridge pada 24 Oktober.
Alonso masih menyimpan memori indah bersama Liverpool selepas lima tahun menyarung jersi kelab itu, termasuk menjulang Piala FA serta memenangi Liga Juara-Juara pada 2005 menerusi gol penyamaan dramatik ketika menentang AC Milan di Istanbul.
Namun, semasa wawancara media menjelang perlawanan Piala Liga Bola Sepak England (EFL) itu, pengurus Chelsea berkenaan menegaskan beliau enggan meniru tindakan segelintir pemain yang memilih untuk meraikan jaringan secara hambar apabila berdepan bekas kelab masing-masing.
“Sudah tentu saya akan meraikannya, itu pasti,” kata Alonso.
“(Saya pasti akan meraikannya) dengan penuh rasa hormat, kerana rasa sayang saya terhadap Liverpool ketika bergelar pemain (masih wujud). Namun kini peranan saya berbeza. Saya perlu menyokong pasukan saya, saya perlu berjuang bagi kelab saya dan jika kami menjaringkan gol, saya akan meraikannya dengan penuh rasa hormat.”
Pedro bakal terlepas kunjungan ke Anfield serta aksi Liga Perdana England (EPL) menentang Manchester United dan Sunderland, dan pemain berusia 25 tahun itu terpaksa disisihkan sekurang-kurangnya sehingga jendela perlawanan antarabangsa akan datang.
Situasi itu menyebabkan Alonso hanya memiliki dua penyerang utama – Danny Welbeck, 35 tahun, dan Emmanuel Emegha, 23 tahun, yang masih belum membuat sebarang penampilan sejak berpindah dari Strasbourg pada musim panas lalu.
Welbeck dijangka disertakan dalam kesebelasan utama selepas sekadar dimasukkan pada minit ke-88 ketika menentang Spurs walaupun berada pada tahap kecergasan terbaik.
Alonso sebaliknya memasukkan Geovany Quenda dan mempertaruhkan Morgan Rogers sebagai penyerang sokongan, namun Chelsea bergelut mengancam gawang Tottenham dan sekadar menggunakan taktik hantaran jauh tanpa arah dan berharap agar ia berhasil (hoof-and-hope).
Alonso sebenarnya berpeluang menduduki bangku simpanan Liverpool di Anfield sekiranya kerjaya kejurulatihannya mengambil haluan berbeza, lebih-lebih lagi kerana beliau pernah dikaitkan dengan Liverpool pada 2024 apabila pengurus ketika itu, Jurgen Klopp, mengumumkan peletakan jawatannya.
Ditanya mengenai perkara tersebut, beliau berkata:
“Ketika itu saya berada di (Bayer) Leverkusen dan saya sedar mengenai situasi berkenaan, namun saya memutuskan untuk kekal (bersama kelab). Itu keputusan saya pada waktu itu.”
Alonso pernah membimbing Florian Wirtz di Leverkusen, dan ketika memberi respons terhadap kritikan ke atas pemain baharu Liverpool bernilai £116 juta ($197.53 juta) itu, beliau berkata:
“Antara faktor utama saya berada di sini hari ini adalah kerana tempoh masa yang saya luangkan bersamanya di Leverkusen.
“Beliau pemain istimewa, banyak membantu saya dan saya juga belajar banyak daripadanya.
“Sekarang beliau bersama Liverpool, saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan kita tahu perkembangan seterusnya sentiasa menarik dan beliau sedang melangkah ke tahap itu.”
Chelsea berkunjung ke Anfield dengan misi bangkit daripada kekalahan dalam pertembungan derbi menentang Spurs, dengan Welbeck dijangka mengetuai barisan pemain serangan menentang bekas kelab Alonso itu.
The Blues kemudian dijadual menentang Manchester United pada 31 Oktober dan Sunderland pada 8 November dalam saingan Liga Perdana sebelum rehat antarabangsa.
Sementara itu, Alonso perlu mencari jalan meraih jaringan tanpa Pedro dalam ketiga-tiga perlawanan berkenaan. – Agensi berita.
