Pekerja bebas kian menjadi lumrah dalam pasaran pekerjaan ekonomi baru. Dianggarkan jumlah pekerja bebas di Singapura kini sekitar 200,000 pekerja dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat. Sehubungan itu, gerakan buruh juga telah mengorak langkah agar menyediakan wadah bagi membantu perkembangan kerjaya selain membantu pekerja bebas dalam hak pekerjaan mereka. Sempena Hari Pekerja esok, Berita Minggu meninjau cabaran yang dihadapi pekerja...





