KEINGINAN membuat kebajikan dalam Ramadan mendorong 23 kumpulan penunggang motosikal menawarkan diri membantu mengagihkan habuan makanan kepada golongan susah.
Dalam keadaan panas terik, seramai 97 penunggang motosikal bertolak dari Masjid Al-Ansar di Bedok untuk mengagihkan habuan kepada keluarga yang tinggal di kawasan Bedok dan Chai Chee.





