KEKECOHAN yang melanda badan pentadbir atletik setempat, Singapore Athletic (SA), sejak kebelakangan ini telah memaksa campur tangan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) demi kepentingan atlit yang sedang giat membuat persiapan bagi Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media petang semalam, setiausaha agung SNOC, Chris Chan, melahirkan rasa kecewa mengenai perbalahan dalaman yang berterusan dalam...





