Seorang warga asing berusia 25 tahun yang disyaki mengedar dadah telah ditahan pada 16 Julai, menyusuli pertukaran maklumat risikan antara Biro Narkotik Pusat (CNB) dengan rakan sejawatannya di Hong Kong pada hari yang sama (16 Julai).
Kira-kira 4.15 kilogram ‘Ice’, atau methamphetamine yang juga dikenali sebagai syabu, dengan nilai jalanan kira-kira $500,000, ditemui tersembunyi di dalam struktur asas dua patung...





