KALAH atau menang sudah menjadi lumrah bersukan, jadi bagi bekas naib presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Mohamed Salim Ebrahim Marican, tiada apa yang hendak dikesalkan menyusuli kegagalannya merebut jawatan presiden badan sukan itu di AGM Perses yang ke-48 malam kelmarin.
Dalam undian yang dibuat 19 anggota kerabat di AGM itu, Salim, 58 tahun, sekadar mendapat empat undian yang menyaksikan...






