TAHUN depan, Singapura akan memperingati dua abad sejak ketibaan Raffles pada 1819, tetapi pihak penganjur berkata acara itu akan turut mengimbas 500 tahun sebelum itu iaitu apabila Sang Nila Utama menemui pulau Temasek sekitar 1299.
Pengarah Eksekutif Pejabat 200 Tahun Singapura, Encik Gene Tan, berkata acara peringatan tersebut memberi peluang kepada warga Singapura merenung kembali 700 tahun dalam sejarah Singapura.






